1.1 Pengertian Budi
· Perkataan
Budi barasal daripada kata Sanskrit iaitu Buddhi yang bermaksud bijak, pekerti
baik dan mulia.
· Secara
amnya, budi boleh didefinisikan sebagai akal dan kebijaksanaan, atau perangai,
akhlak, tingkah laku, kelakuan, watak, atau sifat baik, perbuatan baik,
kebajikan, bicara dan daya upaya yang baik.
· Budi
bermaksud sentiasa berbaik dengan orang lain dalam setiap lapisan masyarakat
tanpa kira sesiapa dan di mana seseorang itu berada. Bak kata pepatah ‘Budi
Baik Dikenang Juga, jika kita berbuat baik dengan orang lain, kita akan
dikenang sampai bila-bila masa.
· Menurut
Islam budi ialah adab, sopan santun yang menggambarkan seseorang yang berakhlak
dan beriman.
· Budi
juga merupakan suatu tabiat, kelakuan, perwatakan, perlakuan, bahasa ataupun
pertuturan. Setiap agama juga mengajar kita untuk berbudi.
· Sebagai
contohnya, percakapan yang baik dengan tutur kata yang berhemah, nada suara
yang menyenangkan, memberi ucapan salam, tolong-menolong, jujur dan mempunyai
muhasabah diri.
1.2 Pengertian
Bahasa
· Menurut
Kamus Dewan (2002), maksud Bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai
sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia dan percakapan
yang baik, tingkah laku yang baik dan sopan santun.
· Bahasa
digunakan dalam pertuturan oleh seseorang dalam kelompok masyarakat dan
masing-masing mempunyai makna,iaitu hubungan abstrak antara kata.
· Bahasa
berbeza mengikut bangsanya dan setiap bangsa mempunyai bahasa sendiri.
· Bahasa
menjadi bahasa rasmi bagi sesebuah negara. Sebagai contohnya, negara Malaysia
menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi.
· Tambahan
pula, bahasa merupakan arbitrari kerana bahasa boleh dicipta dengan sesuka hati
dengan adanya kelompok masyarakat yang mengikutnya serta menggunakannya dalam
kehidupan seharian,
· Bahasa
mengandungi ciri-ciri berikut:
a.
Bersistem dan sistematik - bahasa mempunyai peraturan-peraturan
atau pola-pola tertentu yang perlu dipatuhi. Pada umumnya bahasa terdiri
daripada dua system iaitu system bunyi dan system makna.
b.
Arbitrari - bahasa yang wujud dalam
sesuatu masyarakat tidak mempunyai peraturan khusus yang dapat mengatur
pembentukan kata-kata atau makna yang diberikan dalam sesuatu bahasa itu.
Mekanisme yang ada hanyalah kesepakatan yang diterima bersama-sama dalam
kelompok masyarakat itu sahaja.
c.
Vokal – bunyi-bunyi yang
dihasilkan oleh alat-alat artikulasi bersifat lisan.
d.
Simbol – bunyi yang diucapkan oleh
seseorang hasil daripada penggabungan symbol-simbol atau lambang bahasa yang
disusun secara sistematik.
e.
Alat komunikasi – manusia menggunakan
bahasa untuk berinteraksi dalam kehidupan seharian mereka.
f.
Dinamis – sesuatu bahasa akan terus
mengalami perubahan dan perkembangan mengikut peredaran zaman.
1.3 Pengertian Budi Bahasa
· Budi
bahasa merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun dan tatatertib, akal
kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia, setiap
gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang
lain.Pengertian Dalam Masyarakat
Cina Dan India
· Dalam
masyarakat Cina dan India, budi bermaksud perbuatan yang mulia dan baik kepada
orang lain. Contohnya, kita membantu orang yang berada dalam kesusahan tanpa
mengira agama, bangsa dan adat serta kepercayaan.
· Selain
itu, budi merupakan perbuatan baik yang dilakukan secara ikhlas dan penuh
dengan kerelaan.
· Dalam
masyarakat Cina dan India, budi bahasa bermaksud kesopanan dan kesantunan
seseorang itu dalam melakukan sesuatu perkara terutamanya berkaitan dengan
bahasa seperti pertuturan dan percakapan supaya tidak menyinggung perasaan
orang lain.
1.4
Ciri-ciri Budi Bahasa
Seseorang
yang berbudi bahasa mempunyai ciri-ciri berikut:
1.
Bertimbang
rasa
- Perasaan bertimbang rasa
merupakan sebahagian daripada sikap terpuji mengira perbezaan latar belakang
sesuatu kaum.
- Bertindak atau melakukan
sesuatu perkara agar tidak menyinggung perasaan orang lain.
- Memahami pendapat yang
berbeza dan belajar untuk menyesuaikan diri dengan orang lain.
2.
Bertoleransi
- Bersikap sabar dan mengawal
diri
- Sikap dapat menerima atau
menghormati pendapatan, fikiran dan kepercayaan orang lain
3.
Bertolak
ansur
- Tidak hanya mementingkan
atau menguntungkan bagi sebelah pihak semata-mata
- Tidak terlalu mengira
apabila berbuatbaik sesame orang lain
- Mudah memaafkan kesalahan
orang lain
4.
Bersopan-santun
- Bercakap dengan
lemah-lembut
- Tidak bersikap angkuh dan
sombong dalam pergaulan dengan orang lain
- Perilaku yang sopan
5.
Ramah
mesra
- Mudah diajak berunding
- Mesra dan memberi senyuman
- Penyabar dan tidak
emosional
6.
Tidak
mementingkan diri sendiri
- Tidak hanya memperhatikan
kepentingannya sendiri, tetapi kepentingan orang lain juga
- Selalu tolong-menolong
antara satu sama lain
- Memberi bantuan kepada
orang yang memerlukan bantuan
- Nilai-nilai budi bahasa
yang diamalkan oleh masyarakat Melayu
1.5 Budi
Bahasa Dalam Masyarakat Malaysia
1. Budi
Bahasa Masyarakat Melayu
Nilai-nilai
budi bahasa yang diamalkan oleh masyarakat Melayu:
a.
Bercakap
dengan lembut dan halus
b.
Munundukkan
badan apabila berjalan di hadapan orang tua
c.
Memberi
salam apabila bertemu
d.
Berjabat
tangan apabila bertemu dan berpisah
e.
Berpakaian
menutup aurat
f.
Tidak
membuat bising semasa waktu sembahyang
g.
Makan
menggunakan tangan
h.
Tidak
bercakap semasa makan
i.
Sentiasa
meminta maaf sekiranya melakukan kesalahan
j.
Bersabar
k.
Jujur
l.
Tidak
merenung mata dengan tajam semasa bercakap dengan ibu bapa, guru dan orang tua
m.
Anak
dara duduk bersimpuh
n.
Tidak
menyampuk semasa orang tua bercakap
o.
Mendahulukan
orang tua dalam segala urusan
2. Budi
Bahasa Masyarakat Cina
a.
Makan
menggunakan penyepit
b.
Tidak
mengeluarkan bunyi yang terlalu kuat semasa makan
c.
Siku
tangan tidak diletakkan di atas meja semasa makan
d.
Bercakap
dengan lemah lembut dengan orang tua dan ibu bapa
e.
Dilarang
mengeluarkan kata-kata kesat dalam pergaulan
f.
Individu
yang sudah berkahwin memberi angpau kepada kanak-kanak
g.
Ibu
bapa menghantar wakil untuk meminang
h.
Hormat-menghormati
antara satu sama lain
i.
Menundukkan
badan semasa memberi salam
j.
Tidak
membuat bising semasa bersembahyang
k.
Melayan
tetamu dengan baik
l.
Pemurah
m.
Menolong
orang yang mengalami kesusahan
3. Budi
Bahasa Masyarakat India
a.
Duduk
ketika makan dan menggunakan tangan
b.
Sentiasa
bercakap dengan lembut dengan ibu bapa
c.
Sentiasa
menjaga ibu bapa yang uzur
d.
Tidak
bising ketika sembahyang
e.
Bersabar
dan tidak pemarah
f.
Membuka
kasut ketika memasuki kuil
g.
Berpakaian
sesuai dan tidak mencolok mata
h.
Tidak
meninggikan suara semasa bercakap dengan orang lain
i.
Sentiasa
menolong orang yang susah
j.
Tidak
membalas dendam
k.
Pemaaf
l.
Pemurah
m.
Hormat-menghormati
orang lain
No comments:
Post a Comment