2.1
Konsep Kesantunan
- Menurut Kamus Dewan (1984), hal. 1115 santun
bermaksud halus budi bahasa atau budi pekerti, beradab atau sopan.
- Berbahasa dengan santun ialah menggunakan
bahasa secara:
I. Halus
II. Nilai rasa yang baik
III. Penuh kesopanan
IV. Berusaha menghindari konflik antara penutur
dengan pendengar dalam proses berkomunikasi
- Menurut Awang Sariyan (2007), kesantunan
didefinisikan sebagai penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan
peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman
bicara.
- Kesantunan merupakan aturan perilaku yang
ditetapkan dan disepakati bersama oleh sesuatu masyarakat tertentu sehingga
menjadi prasyarat dalam bermasyarakat.
- Konsep kesantunan merangkumi aspek-aspek
berikut:
a.
Kesantunan mencerminkan nilai kesopanan yang halus
- Orang yang santun tergambar nilai sopan santun atau nilai etiket pada
dirinya semasa berkomunikasi dengan ahli masyarakat.
b.
Kesantunan sangat konteksual
- Penggunaan kata-kata yang agak kasar boleh berlaku dalam pergaulan
rakan-rakan karib, tetapi tidak sopan jika digunakan terhadap rakan yang baru
dikenali.
- Penggunaan kata ganti ‘aku’ dalam perbualan dengan ibu bapa biasa
digunakan dalam masyarakat Cina, tetapi tidak sopan dalam bagi Masyarakat
Melayu.
c.
Kesantunan selalu berlaku dalam hubungan dua pihak.
- Seperti antara anak dan orang tua, antara orang yang masih muda dan
orang yang lebih tua, antara tuan rumah dan tamu, antara lelaki dengan wanita,
antara murid dengan guru dan sebagainya.
- Seorang anak sentiasa akan menghormati dan bersopan santun dengan ibu
bapa.
- Namun mungkin tidak berlaku jika anak ini berkomunikasi dengan
rakan-rakan sebaya, ada ketikanya komunikasi dalam bentuk bahasa kasar.
d.
Kesantunan tercermin dalam setiap aspek kehidupan
- Cara berpakaian, cara bekerja, cara bertutur,cara makan, cara belajar,
cara berpolitik dan lain-lainnya.
2.2
Takrifan Kesantunan Oleh Tokoh-tokoh Dunia
1.
Menurut Asmah Haji Omar (2000)
Kesantunan mengikut perspektif Melayu ialah
penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan
rasa tersinggung daripada pendengar.
- Kesantunan masyarakat Melayu berdasarkan
agama Islam dan adat Melayu.
- Orang Melayu sangat mementingkan kesantunan
dalam hubungan masyarakat.
- Bahasa halus dan tersirat selalu digunakan
supaya tidak mengecil hati orang lain.
Kesantunan merupakan strategi atau kaedah
yang digunakan oleh penutur untuk mencapai tujuan tertentu.
- Strategi ini perlu diikuti dengan tingkah
laku dan tutur kata yang santun.
- Faktor
ü Kesedaran akan peranan masing-masing
ü Pengetahuan tentang perbezaan taraf social
ü Kuasa dan keperluan mengawal perbincangan berdasarkan tajuk atau air muka yang menggambarkan meruah dan martabat
Kesantunan terbahagi kepada dua jenis:
a. Kesantunan asas
ü Merupakan pedoman bagi masyarakat berhubung antara satu sama lain.
ü Dengan cara menunjukkan sikap berbaik-baik antara satu sama lain yang
menghendaki ahli masyarakat bersopan santun antara satu sama lain.
ü Masyarakat yang bertamadun adalah kesopanan asas yang dikaitkan dengan
didikan sejak awal lagi.
b. Kesantunan berkala
ü Merujuk kepada kesantunan yang menggambarkan ucapan yang dilakukan oleh
masyarakat dalam hubungan antara satu sama lain bergantung kepada keadaan,
situasi dan tempat tertentu.
ü Antaranya ialah taraf dan peranan orang yang bercakap, di mana dan dalam
keadaan yang bagaimana, apa yang dipercakapkan, mengapa percakapan itu berlaku
dan cara percakapan disampaikan.
ü Misalnya kesantunan rakyat biasa dengan raja, kesantunan rakyat dengan
pemimpin, kesantunan anak murid dengan guru dan lain-lain adalah berbeza kerana
komunikasi mempunyai adab, peraturan dan etika tertentu.
2.
Menurut Leech (1983)
Kesantunan sebagai perlakuan yang dapat
mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi.
ü Bahasa halus
ü Beradab sopan
ü Perlakuan lemah-lembut
ü Berbudi pekerti
3.
J. Ferguson dan Das Gupta (1968)
Kesantunan itu berlaku apabila kontrak
perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha mengekalkan
komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik.
ü Wujud persetujuan bersama dalam masyarakat
ü Wujud etika dan peraturan bermasyarakat
ü Mengamalkan budaya yang sama
ü Ingin melahirkan masyarakat yang harmoni dan aman
4.
Kesantunan dari sudut Islam menurut ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW
melalui hadis:
- “Barang siapa
yang beriman pada Allah dan hari akhir maka hendaklah berkaa baik atau lebih
baik diam.”
- “Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh
dariku nanti pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap dan sombong
dalam berbicara.”
- “Bukanlah seseorang itu mukmin jika suka mencela,
melaknat dan berkata-kata keji.”
- “Tanda-tanda munafik itu ada 3 perkara, jika ia berbicara
ia berdusta, jika ia berjanji ia mengingkarinya dan jika diberi amanah ia
khianat.”
- “Janganlah kalian saling dengki=mendengki, dan janganlah
kalian saling membenci, dan janganlah kalian saling berkata-kata keji antara
satu dengan yang lain, dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara.”
- “Sebaik-baik manusia di antara kamu ialah orang yang
akhlaknya baik.”
5.
Menurut Hamka
- Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan
adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.
- Kata-kata yang lemah dan beradab dapat
melembutkan hati dan manusia yang keras.
6.
Menurut Aristotle
·
Ketinggian darjat seseorang diukur melalui
akar dan adabnya, buka asal keturunanya.
·
Adab dan sopan itu lebih penting daripada
makan dan minum.
7.
Menurut Khalifah Abdul Malik Marwan
Ø Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri
ketika berkedudukan tinggi, memaafkan orang lain ketika berdaya membalas, dan
bersikap adil ketika kuat.
Ø Kesantunan tidak merujuk kepada kesantunan
berbahasa semata-mata tetapi juga merujuk kepada aspek nonverval seperti
tingkah laku, mimik muka, dan nada suara.
o Lakof (1975) mendefinisikan kesantunan sebagai
perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi yang berlaku
sama ada secara verbal atau nonverbal.
o Fraser dan Nolan (1981) menyatakan bahawa
kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar
bagi mengekalkan hubungan yang harmoni dalam komunikasi.
o Brown dan Levinson (1987) menganggap kesantunan
sebaga usaha mengurangkan Tindakan Ancaman Muka (TAM) dalam perbualan terhadap
pendengar.
Ø Dalam konteks kesantunan berbahasa, Asmah Haji Omar
(2000) mengaitkannya denga penggunaan bahasa sehari-harian yang tidak
menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pihak pendengar.
o Ini akan menimbulkan suasana hubungan yang harmoni
antara penutur dengan pendengar.
Ø Dalam masyarakat Melayu, kesantunan bukan sahaja
merujuk kepada sosial budaya masyarakatnya yang berpegang pada adat resam,
malah diperkukuhkan oleh pegangan Islam yang dianuti. Hal ini tergambar dalam
perbilangan adat yang berbunyi “ Adat bersendikan hukum, hukum bersendikan
kitab Allah.”
Ø Konsep kesantunan tidak lengkap jika
perbincangannya terbatas kepada aspek berbahasa dan perlakuan semata-mata, jika
tidak dikaitkan dengan konsep keikhlasan.
o Seseorang itu boleh menutur kata-kata yang indah
atau menunjukkan tingkah laku yang sopan dalam sesuatu situasi, tetapi
perlakuan tersebut belum pasti mengambarkan keikhlasannya.
Ø Kesimpulannya, kesantunan ialah perlakuan yang
sopan dan berbudi bahasa semasa berkomunikasi bagi menghormati individu lain.
Ø Kesantunan berbahasa menitikberatkan penggunaan
kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan,
pangkat, umur dan keakraban hubungan.
Ø Ia dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus.
Menurut Asmah Haji Omar (2000), bahasa halus disamakan dengan pendidikan yang
penuh dengan adab tataterbit.
Ø Kesimpulannya, kesantunan merangkumi pelbagai aspek
kehidupan manusia sama ada secara lahiriah atau batiniah. Kesantunan yang tulen
harus disertakan dengan niat yang ikhlas.
2.3 Penjagaan Muka Sebagai
Asas Kesantunan
Kesantunan
·
Melibatkan perlakuan yang
mengurangkan pergeseran dalam suatu interaksi
·
Usaha untuk mengekalkan
komunikasi yang harmoni tanpa konflik
·
Diukur berdasarkan
o Penggunaan kata-kata
o Perlakuan seseorang individu
·
Mempunyai hubungan yang rapat
dengan penjagaan muka seseorang yang melibatkan maruah diri
Muka
·
Dalam masyarakat Melayu
merujuk kepada air muka
·
Sangat berkait rapat dengan
maruah diri
·
Peribahasa yang berkaitan
dengan muka
o Muka tembok
o Muka tarpal
o Muka bantal
o Muka papan
·
Penciptaan peribahasa yang
banyak telah menunjukkan bahawa orang Melayu sangat mementingkan “malu” dan
“air muka”
Malu
·
Suatu nilai suci
·
Murni yang menjadi asas
kepercayaan yang diterima sebagai mutlak dan luhur yang merupakan maruah bangsa
·
Perasaan yang mendesak
seseorang
o Menghundarkan segala yang keji
o Melaksanakan segala yang terpuji
Konsep Malu
·
Meliputi pelbagai aspek
pengertian
o Akhlak dan maruah individu
o Keluarga
o Masyarakat
·
Dalam masyarakat Melayu
o Menerima malu akan berasa tertekan dan mudah hilang pertimbangan
o Melibatkan perasaan diri
o Tindakan seseorang juga akan memalukan keluarga dan masyarakat
Maruah dan Harga Diri
·
Berpegang kuat pada konsep
malu
·
Konsep malu adalah bertujuan
untuk menjaga maruah dan air muka seseorang
·
Penggunaan bahasa
o Tidak dibenarkan menghina
o Tidak dibenarkan merendah-rendahkan peribadi seseorang
o Perkataan hendaklah santun
o Tidak mengandungi unsur-unsur yang memalukan diri, keluarga dan pihak
lain
Mulut dan Lidah
·
Mulut
o Bahagian anggota yang mengunkapkan kata
o Orang Melayu tidak suka menyamai-nyampaikan cerita orang lain
o Juga tidak suka menimbulkan kebosanan orang lain
·
Lidah
o Sangat memberatkan lidah kerana membentuk kata-kata
o Peribahasa yang buruk
Ø Lidah bercabang
Ø Lidah buaya
Ø Lidah tidak bertulang
o Peribahasa yang positif
Ø Lidah manis
Ø Lidah pendita
2.4 Kesantunan Merentas
Budaya
Konsep Budaya
·
Berasal daripada perkataan
Sanskrit iaitu buddayah
·
Merupakan kata jamak bagi
perkataan buddhi
·
Bermaksud budi pekerti atau
akal
·
Juga bermaksud segala sesuatu
yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia
·
Dalam bahasa Inggeris , kebudayaan
disebut sebagai culture, colore yang bermaksud menanam atau mengerjakan
·
Kamus Dewan Bahasa (2002)
mendefinisikan budaya sebagai tamadun atau peradaban atau akal budi
·
Kebudayaan boleh disimpulkan
sebagai keseluruhan cara hidup manusia
·
Kebudayaan merangkumi cara
hidup bermasyarakat yang merangkumi aspek kesantunan dalam berkomunikasi
·
Kesantunan adalah digunakan
untuk mengekalkan hubungan yang harmoni semasa komunikasi dalam bidup
bermasyarakat
Komunikasi Silang Budaya
·
Komunikasi yang melibatkan individu
daripada latar budaya yang pelbagai
·
Ini akan berlaku apabila
bercakap dengan orang yang berbeza bangsa, ras, bahasa, agama, tingkat
pendidikan dan status sosial.
·
Dipengaruhi oleh pandangan
terhadap dunia , kerpercayaan dan tingkah laku , etika serta tanggapan terhadap
sesuatu hubungan
·
Budaya dan komunikasi
mempunyai hubungan yang rapat kerana budaya akan mempengaruhi cara kita
berkomunikasi
·
Faktor-faktor yang menyebabkan
berlakunya salah faham
o Cara berkomunikasi
o Keadaan komunikasi
o Bahasa
o Gaya bahasa
Nilai-nilai Kesantunan
Masyarakat Melayu
·
Berpegang kuat pada adat resam
dan agama
·
Memberi salam apabila bersua muka
·
Tidak menyampuk semasa orang tua bercakap
·
Penggunaan kata sapaan yang sesuai mengikut konteks
·
Penggunaan kata gelaran yang sesuai mengikut konteks
·
Panggilan yang baik kepada seseorang
·
Bersalam
·
Bertanya khabar
·
Melayan tetamu dengan baik
·
Menghormati orang tua
·
Menunduk badan ketika melintasi orang tua
Nilai-nilai Kesantunan
Masyarakat Cina
·
Tunduk ketika memberi salam
·
Orang tua makan dahulu
·
Tunggu sehingga semua ahli keluarga tiba dahulu
·
Dalam tokong tidak dibenarkan memakai topi
·
Menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam rumah
Nilai-nilai Kesantunan
Masyarakat India
·
Duduk bersila semasa makan
·
Tidak membazirkan makanan
·
Senyap semasa bersembahyang
·
Menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam kuil
·
Mematuhi adat dan resam
·
Salam orang yang lebih tua
Kesantunan Merentas Budaya Dalam
Pendidikan
·
Kesantunan berpakaian
o Peraturan
Tatatertib dan Kelakuan bagi penjawat awam
o Tidak
memakai pakaian yang akan merangsang orang lain
·
Kesantunan tingkah laku
o Gerak
geri ketika menghadapi sesuatu dalam situasi tertentu
o Tingkah
laku kita akan menjadi model kepada anak didik
·
Kesantunan berkomunikasi
o Mengambil
kira norma-norma budaya
o Tidak
hanya sekadar menyampaikan idea yang difikirkan sahaja
o Cara
berbahasa harus sesuai dengan budaya masyarakat tempatan