Tuesday, 8 September 2015

Kesantunan Berbahasa

2.1 Konsep Kesantunan

- Menurut Kamus Dewan (1984), hal. 1115 santun bermaksud halus budi bahasa atau budi pekerti, beradab atau sopan.

- Berbahasa dengan santun ialah menggunakan bahasa secara:

     I. Halus

    II. Nilai rasa yang baik

  III. Penuh kesopanan

  IV. Berusaha menghindari konflik antara penutur dengan pendengar dalam proses berkomunikasi

- Menurut Awang Sariyan (2007), kesantunan didefinisikan sebagai penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara.
- Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh sesuatu masyarakat tertentu sehingga menjadi prasyarat dalam bermasyarakat.
- Konsep kesantunan merangkumi aspek-aspek berikut:
a.    Kesantunan mencerminkan nilai kesopanan yang halus
- Orang yang santun tergambar nilai sopan santun atau nilai etiket pada dirinya semasa berkomunikasi dengan ahli masyarakat.
b.    Kesantunan sangat konteksual
- Penggunaan kata-kata yang agak kasar boleh berlaku dalam pergaulan rakan-rakan karib, tetapi tidak sopan jika digunakan terhadap rakan yang baru dikenali.
- Penggunaan kata ganti ‘aku’ dalam perbualan dengan ibu bapa biasa digunakan dalam masyarakat Cina, tetapi tidak sopan dalam bagi Masyarakat Melayu.
c.    Kesantunan selalu berlaku dalam hubungan dua pihak.
- Seperti antara anak dan orang tua, antara orang yang masih muda dan orang yang lebih tua, antara tuan rumah dan tamu, antara lelaki dengan wanita, antara murid dengan guru dan sebagainya.
- Seorang anak sentiasa akan menghormati dan bersopan santun dengan ibu bapa.
- Namun mungkin tidak berlaku jika anak ini berkomunikasi dengan rakan-rakan sebaya, ada ketikanya komunikasi dalam bentuk bahasa kasar.
d.    Kesantunan tercermin dalam setiap aspek kehidupan
- Cara berpakaian, cara bekerja, cara bertutur,cara makan, cara belajar, cara berpolitik dan lain-lainnya.

2.2 Takrifan Kesantunan Oleh Tokoh-tokoh Dunia

1.    Menurut Asmah Haji Omar (2000)
Kesantunan mengikut perspektif Melayu ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pendengar.
     - Kesantunan masyarakat Melayu berdasarkan agama Islam dan adat Melayu.
     - Orang Melayu sangat mementingkan kesantunan dalam hubungan masyarakat.
     - Bahasa halus dan tersirat selalu digunakan supaya tidak mengecil hati orang lain.
Kesantunan merupakan strategi atau kaedah yang digunakan oleh penutur untuk mencapai tujuan tertentu.
     - Strategi ini perlu diikuti dengan tingkah laku dan tutur kata yang santun.
     - Faktor
ü  Kesedaran akan peranan masing-masing
ü  Pengetahuan tentang perbezaan taraf social
ü  Kuasa dan keperluan mengawal perbincangan berdasarkan tajuk atau air muka yang menggambarkan meruah dan martabat
Kesantunan terbahagi kepada dua jenis:
a.    Kesantunan asas
ü  Merupakan pedoman bagi masyarakat berhubung antara satu sama lain.
ü  Dengan cara menunjukkan sikap berbaik-baik antara satu sama lain yang menghendaki ahli masyarakat bersopan santun antara satu sama lain.
ü  Masyarakat yang bertamadun adalah kesopanan asas yang dikaitkan dengan didikan sejak awal lagi.
b.    Kesantunan berkala
ü  Merujuk kepada kesantunan yang menggambarkan ucapan yang dilakukan oleh masyarakat dalam hubungan antara satu sama lain bergantung kepada keadaan, situasi dan tempat tertentu.
ü  Antaranya ialah taraf dan peranan orang yang bercakap, di mana dan dalam keadaan yang bagaimana, apa yang dipercakapkan, mengapa percakapan itu berlaku dan cara percakapan disampaikan.
ü  Misalnya kesantunan rakyat biasa dengan raja, kesantunan rakyat dengan pemimpin, kesantunan anak murid dengan guru dan lain-lain adalah berbeza kerana komunikasi mempunyai adab, peraturan dan etika tertentu.

2.    Menurut Leech (1983)
Kesantunan sebagai perlakuan yang dapat mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi.
ü  Bahasa halus
ü  Beradab sopan
ü  Perlakuan lemah-lembut
ü  Berbudi pekerti

3.    J. Ferguson dan Das Gupta (1968)
Kesantunan itu berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik.
ü  Wujud persetujuan bersama dalam masyarakat
ü  Wujud etika dan peraturan bermasyarakat
ü  Mengamalkan budaya yang sama
ü  Ingin melahirkan masyarakat yang harmoni dan aman

4.    Kesantunan dari sudut Islam menurut ajaran  yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW melalui hadis:
- “Barang siapa yang beriman pada Allah dan hari akhir maka hendaklah berkaa baik atau lebih baik diam.”
- “Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap dan sombong dalam berbicara.”
- “Bukanlah seseorang itu mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji.”
- “Tanda-tanda munafik itu ada 3 perkara, jika ia berbicara ia berdusta, jika ia berjanji ia mengingkarinya dan jika diberi amanah ia khianat.”
- “Janganlah kalian saling dengki=mendengki, dan janganlah kalian saling membenci, dan janganlah kalian saling berkata-kata keji antara satu dengan yang lain, dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara.”
- “Sebaik-baik manusia di antara kamu ialah orang yang akhlaknya baik.”
5.    Menurut Hamka
- Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.
- Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

6.    Menurut Aristotle
·         Ketinggian darjat seseorang diukur melalui akar dan adabnya, buka asal keturunanya.
·         Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum.

7.    Menurut Khalifah Abdul Malik Marwan
Ø Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan orang lain ketika berdaya membalas, dan bersikap adil ketika kuat.
Ø  Kesantunan tidak merujuk kepada kesantunan berbahasa semata-mata tetapi juga merujuk kepada aspek nonverval seperti tingkah laku, mimik muka, dan nada suara.
o   Lakof (1975) mendefinisikan kesantunan sebagai perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi yang berlaku sama ada secara verbal atau nonverbal.
o   Fraser dan Nolan (1981) menyatakan bahawa kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar bagi mengekalkan hubungan yang harmoni dalam komunikasi.
o   Brown dan Levinson (1987) menganggap kesantunan sebaga usaha mengurangkan Tindakan Ancaman Muka (TAM) dalam perbualan terhadap pendengar.
Ø  Dalam konteks kesantunan berbahasa, Asmah Haji Omar (2000) mengaitkannya denga penggunaan bahasa sehari-harian yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pihak pendengar.
o   Ini akan menimbulkan suasana hubungan yang harmoni antara penutur dengan pendengar.
Ø  Dalam masyarakat Melayu, kesantunan bukan sahaja merujuk kepada sosial budaya masyarakatnya yang berpegang pada adat resam, malah diperkukuhkan oleh pegangan Islam yang dianuti. Hal ini tergambar dalam perbilangan adat yang berbunyi “ Adat bersendikan hukum, hukum bersendikan kitab Allah.”
Ø  Konsep kesantunan tidak lengkap jika perbincangannya terbatas kepada aspek berbahasa dan perlakuan semata-mata, jika tidak dikaitkan dengan konsep keikhlasan.
o   Seseorang itu boleh menutur kata-kata yang indah atau menunjukkan tingkah laku yang sopan dalam sesuatu situasi, tetapi perlakuan tersebut belum pasti mengambarkan keikhlasannya.
Ø  Kesimpulannya, kesantunan ialah perlakuan yang sopan dan berbudi bahasa semasa berkomunikasi bagi menghormati individu lain.
Ø  Kesantunan berbahasa menitikberatkan penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.
Ø  Ia dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus. Menurut Asmah Haji Omar (2000), bahasa halus disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab tataterbit.
Ø  Kesimpulannya, kesantunan merangkumi pelbagai aspek kehidupan manusia sama ada secara lahiriah atau batiniah. Kesantunan yang tulen harus disertakan dengan niat yang ikhlas.


2.3 Penjagaan Muka Sebagai Asas Kesantunan

Kesantunan
·         Melibatkan perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam suatu interaksi
·         Usaha untuk mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa konflik
·         Diukur berdasarkan
o   Penggunaan kata-kata
o   Perlakuan seseorang individu
·         Mempunyai hubungan yang rapat dengan penjagaan muka seseorang yang melibatkan maruah diri
Muka
·         Dalam masyarakat Melayu merujuk kepada air muka
·         Sangat berkait rapat dengan maruah diri
·         Peribahasa yang berkaitan dengan muka
o   Muka tembok
o   Muka tarpal
o   Muka bantal
o   Muka papan
·         Penciptaan peribahasa yang banyak telah menunjukkan bahawa orang Melayu sangat mementingkan “malu” dan “air muka”
Malu
·         Suatu nilai suci
·         Murni yang menjadi asas kepercayaan yang diterima sebagai mutlak dan luhur yang merupakan maruah bangsa
·         Perasaan yang mendesak seseorang
o   Menghundarkan segala yang keji
o   Melaksanakan segala yang terpuji
Konsep Malu
·         Meliputi pelbagai aspek pengertian
o   Akhlak dan maruah individu
o   Keluarga
o   Masyarakat
·         Dalam masyarakat Melayu
o   Menerima malu akan berasa tertekan dan mudah hilang pertimbangan
o   Melibatkan perasaan diri
o   Tindakan seseorang juga akan memalukan keluarga dan masyarakat
Maruah dan Harga Diri
·         Berpegang kuat pada konsep malu
·         Konsep malu adalah bertujuan untuk menjaga maruah dan air muka seseorang
·         Penggunaan bahasa        
o   Tidak dibenarkan menghina
o   Tidak dibenarkan merendah-rendahkan peribadi seseorang
o   Perkataan hendaklah santun
o   Tidak mengandungi unsur-unsur yang memalukan diri, keluarga dan pihak lain
Mulut dan Lidah
·         Mulut
o   Bahagian anggota yang mengunkapkan kata
o   Orang Melayu tidak suka menyamai-nyampaikan cerita orang lain
o   Juga tidak suka menimbulkan kebosanan orang lain
·         Lidah
o   Sangat memberatkan lidah kerana membentuk kata-kata
o   Peribahasa yang buruk
Ø  Lidah bercabang
Ø  Lidah buaya
Ø  Lidah tidak bertulang
o   Peribahasa yang positif
Ø  Lidah manis
Ø  Lidah pendita


2.4 Kesantunan Merentas Budaya

Konsep Budaya
·         Berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu buddayah
·         Merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi
·         Bermaksud budi pekerti atau akal
·         Juga bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia
·         Dalam bahasa Inggeris , kebudayaan disebut sebagai culture, colore yang bermaksud menanam atau mengerjakan
·         Kamus Dewan Bahasa (2002) mendefinisikan budaya sebagai tamadun atau peradaban atau akal budi
·         Kebudayaan boleh disimpulkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia
·         Kebudayaan merangkumi cara hidup bermasyarakat yang merangkumi aspek kesantunan dalam berkomunikasi
·         Kesantunan adalah digunakan untuk mengekalkan hubungan yang harmoni semasa komunikasi dalam bidup bermasyarakat

Komunikasi Silang Budaya
·         Komunikasi yang melibatkan individu daripada latar budaya yang pelbagai
·         Ini akan berlaku apabila bercakap dengan orang yang berbeza bangsa, ras, bahasa, agama, tingkat pendidikan dan status sosial.
·         Dipengaruhi oleh pandangan terhadap dunia , kerpercayaan dan tingkah laku , etika serta tanggapan terhadap sesuatu hubungan
·         Budaya dan komunikasi mempunyai hubungan yang rapat kerana budaya akan mempengaruhi cara kita berkomunikasi
·         Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya salah faham
o   Cara berkomunikasi
o   Keadaan komunikasi
o   Bahasa
o   Gaya bahasa

Nilai-nilai Kesantunan Masyarakat Melayu
·         Berpegang kuat pada adat resam dan agama
·         Memberi salam apabila bersua muka
·         Tidak menyampuk semasa orang tua bercakap
·         Penggunaan kata sapaan yang sesuai mengikut konteks
·         Penggunaan kata gelaran yang sesuai mengikut konteks
·         Panggilan yang baik kepada seseorang
·         Bersalam
·         Bertanya khabar
·         Melayan tetamu dengan baik
·         Menghormati orang tua
·         Menunduk badan ketika melintasi orang tua

Nilai-nilai Kesantunan Masyarakat Cina
·         Tunduk ketika memberi salam
·         Orang tua makan dahulu
·         Tunggu sehingga semua ahli keluarga tiba dahulu
·         Dalam tokong tidak dibenarkan memakai topi
·         Menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam rumah

Nilai-nilai Kesantunan Masyarakat India
·         Duduk bersila semasa makan
·         Tidak membazirkan makanan
·         Senyap semasa bersembahyang
·         Menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam kuil
·         Mematuhi adat dan resam
·         Salam orang yang lebih tua
Kesantunan Merentas Budaya Dalam Pendidikan
·         Kesantunan berpakaian
o   Peraturan Tatatertib dan Kelakuan bagi penjawat awam
o   Tidak memakai pakaian yang akan merangsang orang lain
·         Kesantunan tingkah laku
o   Gerak geri ketika menghadapi sesuatu dalam situasi tertentu
o   Tingkah laku kita akan menjadi model kepada anak didik
·         Kesantunan berkomunikasi
o   Mengambil kira norma-norma budaya
o   Tidak hanya sekadar menyampaikan idea yang difikirkan sahaja
o   Cara berbahasa harus sesuai dengan budaya masyarakat tempatan
















No comments:

Post a Comment