Tuesday, 8 September 2015

Peraturan Berbahasa

Jenis Peraturan Berbahasa  



Jarak Sosial


  • Jurang tingkat peradaban masyarakat walaupun dalam zaman yang sama
  • Perbezaan kelompok-kelopok masyarakat secara horizontal berdasarkan jarak peradabannya
  • Pemisahan sosial yang wujud antara masyarakat
  • Kita akan menggunakan intonasi/sebutan yang berbeza berdasarkan darjah sosial orang tersebut


Konteks Percakapan


  • Penutur dan pendengan
Mengetahui latar belakang seseorang supaya memudahkan interpretasi topik yang hendak menyampaikan
  • Penutur Pembicaraan
Dengan mematuhi topik pembicaraan, pendengar akan mudah memahami isi wacana
  • Latar Peristiwa
Faktor mempengaruhi konteks percakapan tempat, keadaan psikologi penuntur dan pendengar
  • Penghubung
Medium yang digunakan untuk menyampaikan perihal percakapan dengan menggunakan bahasa lisan atau tulisan
  • Laras Bahasa
Penutur dan pendengar harus memilih laras bahasa yang sesuai berdasarkan situasi dan keadaan
  • Bentuk pesanan dan maklumat
Pesanan dan maklumat yang disampaikan haruslah tepat, karena bentuk pesan dan maklumat bersifat fundamental
Bentuk pesanan harus sesuai dengan pendengar
  • Peristiwa Percakapan
Peristiwa yang mewadahi kegiatan percakapan
Dapat menentukan bentuk dan isi wacana yang akan dihasilkan


Tujuan dan Maklumat


  • Berkait rapat dengan latar belakang khalayak
  • Selari dengan kekhusasan topik yang dibicarakan
  • Bertepatan dengan suasana keadaan
  • Bercakap tentang perkara yang penting dahulu
  • Menilai perkara yang hendak dikomunikasikan sebelum bercakap
  • Tujuan percakapan adalah untuk membina perhubungan yang baik

Giliran Bercakap

  • Kita harus mengutamakan status dan kedudukan semasa bercakap.
  • Mendahulukan orang tua untuk bercakap
  • Sistem pola penggiliran boleh digunakan jika setiap orang yang terlibat mendapat giliran yang sama
  • Pengalihan topik dapat dilakukan secara halus dan satun
  • Perbezaan pendapat harus dihormati, didengar dan dititip secara santun


Memula dan akhiri Percakapan

  • Cara yang paling efektif untuk membuka percakapan ialah dengan mengajukan pertanyaan
  • Penggunaan salaman ialah sebagai tanda kehormatan
  • Mengakhiri percakapan dengan ucapan terima kasih atau permohonan maaf dan pernyataan harapan


Pemilihan Kata


  • Sesuai dengan unsur-unsur budaya masyarakat 
  • Perlu difikirkan apa yang sebaiknya dikatakan pada waktu dan keadaan tertentu 
  • Memilih ragam bahasa yang sewajarnya perlu digunakan dalam situasi tertentu 
  • Mempertimbangkan penggunaan jeda tertentu dan mengawal gerak-geri badan ketika bercakap 
  • Cara sapaan lisan mengikut tertib yang tertentu dengan sopan 
  • Penggunan bahasa halus perlu diberi perhatian dalam aspek pemilihan kata 
  • Pemilihan kata dan ungkapan bergantung kepada status seseorang 
  • Gelaran pergaulan bebas (Cik, Encik, Tuan, Haji, Doktor, Profesor...) 
  • Gelaran warisan (Raja, Tengku, Pangeran, Puteri...) 
  • Gelaran kurniaan (Tun, Puan Sri, Datuk, Datin, Datuk Setia)

No comments:

Post a Comment